Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum w.bt..  (1 January 2013)

Hari ini permulaan tahun baru 2013. Alhamdulillah masih diberi nafas yg dipinjamkan oleh Allah, untuk kita terus mengabdikan diri kepada-Nya. Semoga kedatangan tahun baru ini lebih bermakna daripada tahun lalu. Semoga tahun 2012 meninggalkan 1001 kenangan buat kita. InsyaAllah :)




Sebelum ini, ura2 daripada kaum Mayan mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012, bersamaan hari Jumaat. Namun begitu, kita telah pun melepasi tarikh itu dan berhijrah ke tahun baru. Sesungguhnya, tarikh kiamat itu rahsia Allah. Tidak siapa pun tahu bila waktu itu akan tiba. Oleh itu, sentiasalah memperbaiki diri dari sehari ke sehari; dan bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka luas (reminder to myself too).

Wallahu'alam. :)


 p/s: 16 days to CNS EOM
       47 days to Final Professional Exam!

Monday, December 24, 2012

LESS THAN 2 MONTHS

Assalamualaikum wbt

 Countdown to proffesional final exam on 18 February 2013! CNS Module is already on 3rd week. Soooo much to digest and absorb. It's only A MODULE. How about another 8 module?? With soooo many anatomy part to memorize and understand. The blood supply, lymphatic drainage, the organs, bla bla bla... Pathology part lagi.. Dush! Sedarlah wahai diri... Anatomy, physiology, pathology, pharmacology, biochemistry, microbiology, parasitology...................


Study, study, study.. pleaseeeee.. May Allah ease everything.. in shaa Allah. :)

Friday, November 9, 2012

RUMAH SAKIT :(

Assalamualaikum w.bt

 Alhamdulillah, saya tiba2 rasa nak taip sesuatu kat sini setelah sekian lama menyepi. Last entry, sebulan lebih yg lalu. Tu pun,letak gambar je. Malas nak taip apa2. Ok,berbalik pada tajuk entry ni, Rumah Sakit (sila baca homesick).

 Rumah sakit tu bukan hospital ke apa, tapi direct translate daripada perkataan 'homesick', kerinduan terhadap rumah. Huhuhu. Sejak kebelakangan ni, sy sangat sensitif. Mudah tersentuh. Sy mahu pulang. Ya, mahu pulang. Sekarang. Tapi, rasanya lebih elok sy pulang 2 minggu lagi, dan waktu yg terluang digunakan utk study sehabis baik. Sebabnya, tarikh yg sy nk balik Melaka tu, dh dekat dgn End of Module. Tp, sy nak balik jgk, walaupun minggu depan tu dh start cuti seminggu. Alasan sy, nk menghadiri majlis perkahwinan sepupu sy,pada 24 November nnt. Boleh je tak nak balik,sbb tak rapat pun. Tp sy selalu sgt tak ada waktu kenduri saudara mara, padahal tu je waktu yg ada utk berkumpul selain Aidilfitri.. Kadang2 rasa terkilan. Haha. Tgk, dah start nk emosional.

Lastly, gunakanlah nikmat kehidupan yg dipinjamkan Allah dgn baik. 'Hablumminallah wa hablumminannas'



Dalam Surah az-Zumar, ayat 42; Allah telah berfirman,maksudnya: 

''Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetatpkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.'' 


Salam :)

Wednesday, September 26, 2012

Saturday, July 21, 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. Hari ni sudah 2 Ramadhan 1433H... Selamat menjalani ibadah puasa dan beribadah dalam bulan penuh barakah ini..insyaAllah :)



Ramadhan Kareem ;)

Friday, July 6, 2012

TO-DO LIST

Assalamualaikum w.bt.

Today is Saturday, 7th July 2012 which is 17 Syaaban 1433 Hijriy. There are so many things to do.

END OF MODULE: GASTROINTESTINAL MODULE >>>> 4 DAYS TO GO!!
RAMADHAN IS COMING>>> 13 DAYS MORE
MUET LISTENING & WRITING TEST >>> 20 DAYS LEFT

+++++
SSM Project proposal  pun nk kena siapkan.


I want to go home,next week. InsyaAllah :))

Saturday, June 9, 2012

LATEST!

Assalamualaikum.


This is the latest. BBQ + birthday celebration of me n Gabriella (Gabb) at Tmn Syabas, our rented house. I think, it's the last celebration for me for this year. Thanks to all my friends for making this 20th birthday as the memorable one. :)




Gabb n me, cut the cake. Her birthday is tomorrow, 10th June. She is a Sarawakian :)



     My birthday gifts from Fiena, Myra, Gab, Kak Thirah n Fatin Farihah.
  Bik gave me a purple blouse, but not in the picture :D


Alhamdulillah, give thanks to Allah. May Allah bless us, in this world and hereafter. And may Allah give good health to me, my friends, my family and especially my beloved IBU, who have been carried me for nine months and gave birth to me for the previous 20 years.







Friday, June 8, 2012

SMALL BIRTHDAY CELEBRATION :)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat kehidupan dan sgt bersyukur kerana dikurniakan sahabat2 yg tidak putus2 berusaha utk menggembirakan sahabatnya. :)
Sebenarnya, sy tidaklah mengharap utk diraikan. Cukup sekadar ingatan dan doa yg baik. Tetapi, alhamdulillah sy telah diraikan sbanyak 3 kali walaupun secara kecil2an dan tanpa hadiah yg mahal2. haha.

Let the pictures tell the stories ;)


 
 Roti2 ini telah di'design' oleh akhawat2 dalam group usrah saya, Hadiqatul Jannah. :)



 Kek puding mangga! sgt sedap :D ni pulak ditaja oleh sahabat2 sy, Bik, Neera dan Mahirah. Mereka meraikan birthday sy di KFC, juga secara kecil2an, setelah selesai usrah Hadiqatul Jannah (gmbr roti td). Ni semua gara2 Bik, sbb sy dh bgtau dia yg ini adalah tahun pertama sy menyambut hari lahir bersama kwn2 :)



 Aslah, akhawat dlm usrah sy juga meraikan hari lahirnya; pada 2 JUN, 2 hari lebih tua daripada sy. haha. Kek ini dibeli oleh mereka2 yg sgt baik hati. hehe. walaupun dh lebih kurang seminggu sejak birthday kami. Waktu ni, sesi usrah kedua; pada 7 JUN.



Inilah dia, saya yg telah berumur 20 thn. Keadaan masa ni sgt tak selesa sbb seharian tak balik rumah.
Apa2 pun, jazakumullahukhairan katheera, terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yg telah menceriakan hari2 saya di Ipoh ini, ketika diri berjauhan dari keluarga. Cewah! Haha.



:)




Wednesday, June 6, 2012

NO MORE TEEN!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur. Tanggal 4 JUN 2012 yg lalu, sy dh mencapai genap umur 20. Tiada lagi belasan. Hanya puluhan yg akan sy tempuh untuk hari2 yg mendatang. InsyaAllah, semoga dgn nikmat iman, Islam, kehidupan yg bahagia di samping keluarga yg penyayang serta akal fikiran yg waras; semoga hidup sy selama ini dan akan datang diberkati dan diredai oleh ALLAH S.W.T. Semoga perjalanan hidup sy sebagai seorang pelajar perubatan Muslim dipermudahkan. Amin ya Rabbal alamin. :) 

Dan, tahun ini merupakan kali pertama sepanjang 20 thn ini sy meraikan hari lahir bersama kawan2 di Ipoh. Kebiasaannya, sy wajib berada di samping ibu n ayah di Umbai, melaka kerana pada bulan Jun adalah cuti sekolah. Tetapi, memandangkan sy bukan lagi pelajar sekolah; kini mahasiswi.. jadi istilah cuti sekolah dh luput dlm kamus hidup sy.huhu.  


Alhamdulillah. ;)

Monday, March 12, 2012

WaRnA-wArNi KeHiDuPaN


colourful drinks during lunch with my group usrahmate + study groupmate :)
may Allah ease our journey to success with His bless and love.

EOM: 2 days left
FINAL EXAM PHASE 1: 26 DAYS MORE!!!




Wednesday, February 8, 2012

CVS End of Module

Bismillahirrahmanirrahim..


9 February 2012
Objective Structured Practical Examination (OSPE)
2nd round
11.00am to 1.00pm

10 February 2012
Extended Matching Question (EMQ)
9.00am to 10.30am


Tak habis study. Tak tau nak jawab ape esok. Ya Allah!!!
Tolonglah beri kesedaran kepada hamba-Mu ini.
Permudahkanlah, jangan kau sulitkan.
:)


post at 1.08 am
9/2/2012

Saturday, February 4, 2012

GUNUNG LANG















5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H
Bulatan gembira Huurun Maqsuro
bersama-sama memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

SALAM MAULIDUR RASUL :)