Assalamualaikum w.bt.. (1 January 2013)
Hari ini permulaan tahun baru 2013. Alhamdulillah masih diberi nafas yg dipinjamkan oleh Allah, untuk kita terus mengabdikan diri kepada-Nya. Semoga kedatangan tahun baru ini lebih bermakna daripada tahun lalu. Semoga tahun 2012 meninggalkan 1001 kenangan buat kita. InsyaAllah :)
Sebelum ini, ura2 daripada kaum Mayan mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012, bersamaan hari Jumaat. Namun begitu, kita telah pun melepasi tarikh itu dan berhijrah ke tahun baru. Sesungguhnya, tarikh kiamat itu rahsia Allah. Tidak siapa pun tahu bila waktu itu akan tiba. Oleh itu, sentiasalah memperbaiki diri dari sehari ke sehari; dan bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka luas (reminder to myself too).
Wallahu'alam. :)
p/s: 16 days to CNS EOM
47 days to Final Professional Exam!
No comments:
Post a Comment