Daisypath -

Wednesday, May 21, 2014

MENTAL HEALTH POSTING

Assalamualaikum....


 Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan tak jejakkan kaki di bumi Ipoh, akhirnya saya kembali ke sini untuk teruskan pengajian di tahun 4. Haritu,lepas je lulus final year 3, terus cuti sebulan. Then, kitorang kena buat elective posting for 7 weeks which I chose to be in Hospital Duchess of Kent, Sandakan and then balik semula ke tanah tumpah darahku, Hospital Melaka. hheehe.. Sekarang ni bila balik je Ipoh, tgk adela jugak perubahan sikit kat RCMP tu.. haha :p

 Okay, first posting sy sekarag ni adalah mental health atau pun psychiatry, yg mana org selalu sinonimkan dgn org gila. Kitorang kena posting di wad 24 Hospital Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Bahagia Ulu Kinta(HBUK) ataupun org lebih kenal dgn Hospital Tg Rambutan dan Hospital Taiping. Semalam baru first time pergi HBUK. Besar jgk kawasan dia :)

 Nak dapatkan cerita drpd pesakit2 mental ni bukan senang sbb banyak cerita merapu merepek dongeng khayalan mereka n kadang2 diorang hilang fokus,takpun tiba2 mood berubah drpd ceria kpd sedih takpun marah tiba2. Tak ke takut n menguji kesabaran? Sekarang ni houseman pun dh ada kena posting di psychiatry department ni, so kena lah belajar betul2 mcmana nk deal dgn pesakit2 mental ni.

 Sekian.

Friday, February 28, 2014

I AM NOW 4TH YEAR MEDICAL STUDENT!

Assalamualaikum w.b.t





Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan. Ku tahu usahaku tidak seberapa, namun Allah makbulkan doa hamba-hambaNya yang berdoa penuh pengharapan. Serius exam haritu susah especially EMQ (Extended Matching Question). EMQ ni lebih kurang mcm soalan objektif la tapi pilihan jawapan dia ada yg sampai 10. Senario soalan yang dia bagi pulak lebih kurang je la haiii.. Nak baling dadu pun tak cukup sbb dadu ada smpai 6 je. hehe. Tapi atas rasa rendah diri, walaupun tahu usaha tak seberapa,  sepanjang menjawab soalan tu mulut terkumat kamit meminta petunjuk, ilham dan pertolongan daripada Allah. 70 soalan dlm masa 75 minit memang pecah otak.

Sebenarnya EMQ ni paper last. Ingatkan boleh la mengharapkan paper last ni utk cover paper2 sebelumnya, tp bila tengah dlm exam hall tu rasa macam tak ada harapan.Sobsss.. T.T
Tp keyakinan masih ada utk soalan MEQ dan OSCE. Paling tidak pun 50% insya Allah dah ada dlm tangan. Tapi still tak confident utk pass exam kali ni.. Huhu..

Namun berkat doa ibu, ayah, adik beradik, sahabat handai yang lain akhirnya saya berjaya melepasi exam kali ni. Alhamdulillah pencapaian kali ni lebih baik drpd tahun lepas walaupun tak la setinggi mana.

OK sekarang boleh la siap2 nak balik Melaka. Cuti sebulan weyyy... (cuti paling lama bagi kami). Then, 7 minggu posting elektif di Hospital Duchness of Kent, Sandakan dan Hospital Besar Melaka. Yang Melaka tu saje je buat dekat2 sbb bukan senang nak duduk rumah lama2. hehe.

''MAKA NIKMAT TUHAN-MU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?"

Saturday, January 4, 2014

HELLO 2014!

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT TAHUN BARU 2014!!

 Alhamdulillah.

Hari ni dah 5 January 2014. Betapa cepatnya masa berlalu n I am unofficially 22 years old. HUH feel old. hehe XP Insya Allah lagi 50 hari, saya akan menghadapi Final Exam utk 3rd year Medical College, dan esok adalah first day utk last posting, iaitu Paediatrics posting atau in layman term, kanak-kanak. Walaupun ada 5 org anak sedara, tapi saya dapat rasakan posting ini mencabar sbb kena deal dgn babies yg belum tahu bercakap, banyak meragam so kena pandai main2 and alihkan perhatian dia :)

Till then, xoxo :p


Wednesday, December 4, 2013

NASIB SAYA?

Assalamualaikum w.b.t

 Kebelakangan ni, macam2 isu mengenai nasib para pelajar perubatan di Malaysia kerana lambakan jumlah pelajar yg mengambil bidang ini dan kehadiran fakulti perubatan di kolej-kolej swasta ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Di Hospital Ipoh tempat sy buat latihan klinikal tahun 3 pun, dh terlalu ramai doktor houseman (HO) ditambah lagi kitorang student medic ni. Patient pun dh penat nk menjawab pertanyaan setiap pelajar yg dtg kepada mereka. Bukan sorang je, kadang2 lebih dari 10. Saya dh berpengalaman lebih kurang 3-4 kali ditolak untuk menemu ramah sbb dh terlalu ramai dtg kepada patient tu. Ada pulak, Chinese yg tak fasih berbahasa Malaysia. Communication barrier pulak. Hmm.. Tapi ward sentiasa crowded dgn student,terutamanya nursing dan MA students ditambah lg dgn medic students..

Bawah ni,ada link artikel daripada tumbrl seorang doktor perubatan mengenai peningkatan jumlah masa kerja pegawai perubatan siswazah (HO):

 http://drmohdrizal.tumblr.com/post/68273715589/suruh-houseman-officer-kerja-75-jam-seminggu-15-jam


Thursday, June 6, 2013

OFFICIALLY 21

Assalamualaikum w.b.t

 Alhamdulillah, I'm already 21 year old on 4th June 2013.. Thank you to Allah for lending the air for me to breath since I was born from the womb of a great mother. After the fertilisation of ovum and sperm of a father; it implanted to the wall of uterus, developed well in my mother's uterus and on 3.08 pm of 4th June 1992, I was introduced to this world. May Allah bless them, amiin :')

 Here are the pictures of last night birthday celebration :



4 girls on the top are the birthday girls; from left: 
Gabb (10th June), Yusra (19th May), Mia (23rd May), Me (4th June)


Friends <3



Birthday girl with birthday girls ;)



Le Housemates :)


On my birthday, there was an 'usrah' with akhawat at RI Kawthar which was the same place I celebrated my first birthday with friends last year, and they also bought a cake for me.


With my murabbi, kak Hidayah <3

May our friendship last forever and together we achieve our ambition to be a doctor.. Insya Allah.

p/s: A year added means a year close to death. Please repent before it already late to do so. Reminder to myself.
 

Monday, May 20, 2013

END OF PUBLIC HEALTH POSTING

Assalamualaikum.


 Just a short writing here. 8 weeks Public Health posting are finally meets their end. Thank you to my group members of Field Residential Programme (FRP), group 3 for every hardwork, cooperation, laugh, and best moments we had together through thick and thin. :')
 



Next week, we start our new journey to Basic Clinical Course with new groupmates (only some of us) p/s: Oh My English!! :O

Friday, February 22, 2013

ALHAMDULILLAH :)

Assalamualaikum w.b.t

Saya mulakan dgn ungkapan puji-pujian kpd ALLAH S.W.T. Alhamdulillah..alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur Ya Allah, kerana Kau memakbulkan permintaan hamba-Mu ini. Sesungguhnya, saya termasuk dlm senarai 12 org terakhir yg lulus. Ya Allah. Hanya atas pagar! Tersilap langkah, saya bakal tersungkur. Namun, Allah telah meletakkan saya sebagai calon lulus tetapi di tahap yg agak rumit supaya saya sedar dan akan lebih berusaha di masa hadapan.

Buat sahabat yg perlu mengulang peperiksaan, teruskan usaha anda! Insya Allah, doa daripada kami mengiringi kejayaan kalian. Insya Allah, kita akan sama2 melangkah ke tahun 3, tahun klinikal yg lebih mencabar. 

Aamiin :')