Wednesday, May 21, 2014

MENTAL HEALTH POSTING

Assalamualaikum....


 Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan tak jejakkan kaki di bumi Ipoh, akhirnya saya kembali ke sini untuk teruskan pengajian di tahun 4. Haritu,lepas je lulus final year 3, terus cuti sebulan. Then, kitorang kena buat elective posting for 7 weeks which I chose to be in Hospital Duchess of Kent, Sandakan and then balik semula ke tanah tumpah darahku, Hospital Melaka. hheehe.. Sekarang ni bila balik je Ipoh, tgk adela jugak perubahan sikit kat RCMP tu.. haha :p

 Okay, first posting sy sekarag ni adalah mental health atau pun psychiatry, yg mana org selalu sinonimkan dgn org gila. Kitorang kena posting di wad 24 Hospital Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Bahagia Ulu Kinta(HBUK) ataupun org lebih kenal dgn Hospital Tg Rambutan dan Hospital Taiping. Semalam baru first time pergi HBUK. Besar jgk kawasan dia :)

 Nak dapatkan cerita drpd pesakit2 mental ni bukan senang sbb banyak cerita merapu merepek dongeng khayalan mereka n kadang2 diorang hilang fokus,takpun tiba2 mood berubah drpd ceria kpd sedih takpun marah tiba2. Tak ke takut n menguji kesabaran? Sekarang ni houseman pun dh ada kena posting di psychiatry department ni, so kena lah belajar betul2 mcmana nk deal dgn pesakit2 mental ni.

 Sekian.

Friday, February 28, 2014

I AM NOW 4TH YEAR MEDICAL STUDENT!

Assalamualaikum w.b.t





Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan. Ku tahu usahaku tidak seberapa, namun Allah makbulkan doa hamba-hambaNya yang berdoa penuh pengharapan. Serius exam haritu susah especially EMQ (Extended Matching Question). EMQ ni lebih kurang mcm soalan objektif la tapi pilihan jawapan dia ada yg sampai 10. Senario soalan yang dia bagi pulak lebih kurang je la haiii.. Nak baling dadu pun tak cukup sbb dadu ada smpai 6 je. hehe. Tapi atas rasa rendah diri, walaupun tahu usaha tak seberapa,  sepanjang menjawab soalan tu mulut terkumat kamit meminta petunjuk, ilham dan pertolongan daripada Allah. 70 soalan dlm masa 75 minit memang pecah otak.

Sebenarnya EMQ ni paper last. Ingatkan boleh la mengharapkan paper last ni utk cover paper2 sebelumnya, tp bila tengah dlm exam hall tu rasa macam tak ada harapan.Sobsss.. T.T
Tp keyakinan masih ada utk soalan MEQ dan OSCE. Paling tidak pun 50% insya Allah dah ada dlm tangan. Tapi still tak confident utk pass exam kali ni.. Huhu..

Namun berkat doa ibu, ayah, adik beradik, sahabat handai yang lain akhirnya saya berjaya melepasi exam kali ni. Alhamdulillah pencapaian kali ni lebih baik drpd tahun lepas walaupun tak la setinggi mana.

OK sekarang boleh la siap2 nak balik Melaka. Cuti sebulan weyyy... (cuti paling lama bagi kami). Then, 7 minggu posting elektif di Hospital Duchness of Kent, Sandakan dan Hospital Besar Melaka. Yang Melaka tu saje je buat dekat2 sbb bukan senang nak duduk rumah lama2. hehe.

''MAKA NIKMAT TUHAN-MU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?"

Saturday, January 4, 2014

HELLO 2014!

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT TAHUN BARU 2014!!

 Alhamdulillah.

Hari ni dah 5 January 2014. Betapa cepatnya masa berlalu n I am unofficially 22 years old. HUH feel old. hehe XP Insya Allah lagi 50 hari, saya akan menghadapi Final Exam utk 3rd year Medical College, dan esok adalah first day utk last posting, iaitu Paediatrics posting atau in layman term, kanak-kanak. Walaupun ada 5 org anak sedara, tapi saya dapat rasakan posting ini mencabar sbb kena deal dgn babies yg belum tahu bercakap, banyak meragam so kena pandai main2 and alihkan perhatian dia :)

Till then, xoxo :p