Assalamualaikum w.bt.
Sambungan drpd cerita yg lepas... Alhamdulillah aku ditawarkan utk menyambung pengajian bawah tajaan MARA dlm bidang perubatan di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN), Kedah.. Alahai,, jauhnya!!! Tp ak x kisah asalkn permohonan aku berjaya..
Kegembiraan aku hanya sementara, sebab ape???? Sampai je rumah, aku terus mengadap laptop, online dan check sndiri keputusan PILN tersebut, sebab yg td tu pun akak n abg ipar yg bgtau.. so, ternyata benar.. tapiii,,,, apabila aku melayari laman web KMKN dan mencari info mengenai kursus yg ditawarkan ( Foundation in Biological Science, FIBS).. tiba2 aku berasa berbelah bahagi,, terasa sprt hendak menangis.. mengapakah??? Pelajar2 kursus tersebut buat masa ini masih belum dihantar belajar ke luar negara walhal tajuk program ini adalah ijazah luar negara.. Aku terus menyampaikan maklumat tu kat ayah,, pada mulanya ayah x percaya,, tp utk dapatkan kepastian, ayah telah bertanya kepada saudara mara utk mendapatkn pendapat mereka.. Aku amat berterima kasih kepada seorang saudaraku yg merupakan senior@bekas pelajar di KMKN tetapi dia bukanlah pelajar kursus perubatan.. selidik punya selidik,, ya!! MARA tidak menghantar pelajar2 FIBS KMKN ke luar negara.. aduhhh!!! sukarnya utk aku membuat keputusan ketika itu kerana UiTM pun okey juga.. Tapi MARA juga okey.. Malam tu juga aku berbincang dgn rakan dari TGB yg mendapat kursus yg sama.. Ayah aku pula memberi aku masa sehingga keesokan harinya utk membuat keputusan.. sebab kalau aku nak pergi UiTM aku kena prepare!
Jeng, jeng, jeng!!
Akhirnya!! fikir punya fikir,, aku membuat keputusan utk mendaftar ke UiTM sebagai pelajar asasi sains.. sabtu petang, aku terus packing barang2 utk dibawa.. hal yuran dan akaun Bank Islam diketepikan dahulu.. ayah aku kata,, "redah je".. baik ayah..
Ahad, 23 Mei 2010, tepat jam 8 pg, aku bergerak dari rumah ke Puncak Alam (P.A).. bergerak awal dgn harapan dpt smpai awal.. tetapi dugaan tiba.. ketika ayah berhenti di stesen Petronas di Kajang, tiba2 tayar hadapan sebelah kiri proton Wira ayah pancit.. dengan keringat yg ada di bawah pancaran matahari pg yg terik, ayah pun mengeluarkan peralatan2 utk menukar tayar.. kami dikira bernasib baik kerana berada di stesen minyak yg mempunyai kemudahan pam angin sbb tayar spare pun x ada angin.. syukur. peluh di dahi dan anggota badan ayah sudah menitis.. aku sgt sedih melihat kejadian tersebut,, seakan2 keputusanku utk ke UiTM tidak direlakan...
namun akhirnya,, dgn izin Allah yg Maha Agung,, kami tiba juga di Puncak Alam,, tetapi dugaan datang lagi. 2km drpd pintu masuk UiTM, sudah beribu2 kereta beratur,, hampir 1 jam aku masih belum nampak bangunan yg terdapat di situ.. dgn hanya 30km/jam,, 2 jam kemudian baru kami dpt turun dari kereta dan bersedia utk menuju ke tmpat pendaftaran.. Namun, dtg lagi 1 dugaan.. disebabkn pendaftaran pelajar asasi di kampus ini melangkau angka 2000 dan lebih, maka kereta yg masuk sudah pastinya 2000 dan lebih juga. Oleh itu, ketika turn kami, guard telah melarang kenderaan utk masuk sehingga ke kolej kediaman.. hanya ada 2 pilihan, samada menunggu bas ataupun memanjat tangga yg mencecah 240 anak tangga.. huh!!!
Okey, di saat itu, aku sgt kasihan akan ibu sbb dgn tenaga yg 'zero' kerana belum menjamah makanan selama perjalanan ke P.A.terpaksa pula memanjat tangga dgn bebanan di tgn.. ayah masih steady.. tp ibu gagahkan, perlahan2 akhirnya smpai ke puncak. benarlah,, ini baru dikatakan menuju puncak! dah dpt kunci bilik, isi perut dulu. then, baru cari R1.. dah smpai R1,, nak naik tingkat 5 ni ada lif, tp kena lah beratur juga.. hmmmm... x pe sabar...
Samapai tingkat 5, cari pula rumah no. 6,, wow!! byknye kasut di luar.. haha.. yes, alhamdulillah sampai juga.. dan aku menuju ke bilik B.. dah ada org dalam bilik tu.. itulah dia roommate aku, Nurul Khairiyah namanya, juga ex-MRSM.. dia bdk KOPU..
kemas2 sume, then, ayah n ibu pun gerak ke rumah abg uda.. aku pulak kena ke Kolej Angsana utk sesi taklimat..
to be continued...
p/s: turun jek dr R1, ramai gile budak2 TGB yg aku jumpe.. best2!!
No comments:
Post a Comment