Monday, June 28, 2010

Mengapa Aku Masih Di Sini?? Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Sila perhatikan tajuk di atas.. aku sebenarnya berasa bosan lama2 di rumah ni walaupun aku dpt la nk meringankn sedikit beban ibuku di rumah buat sementara waktu ini.. tp, aku memang dah tidak sabar utk kmbali bergelar pelajar.. sebenarnya, aku sudah hampir bergelar pelajar UiTM Puncak Alam dlm kursus Asasi Sains,, tapii... ak percaya, setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi..

16 April 2010: Keputusan ke Matrikulasi dan alhamdulillah aku ditempatkan di Kolej Matrikulasi NS dlm kursus sains hayat.. tetapi aku menunggu keputusan UPU dahulu..

01 Mei 2010: Alhamdulillah, aku mendapat tempat di UiTM dlm Asasi Sains sebagaimana yg aku pilih ketika membuat permohonan.. di saat ini,, aku masih menunggu 1 lg keputusan dan setelah keputusan tersebut diumumkan baru aku akn menentukan hala tuju aku seterusnya.. namun, aku tidak terlalu mengharap dan hatiku sudah bersedia menjadi pelajar UiTM..

17 Mei 2010: Aku menunggu dari pagi utk melihat keputusan PILN 2010 di bawah tajaan MARA, namun keputusan terpaksa ditunda ke 21 Mei.........

apa????!!!

Ketika itu aku sudah tidak mampu utk terus menanti dan aku membuat langkah persediaan utk ke UiTM pd 23 Mei dgn menyiapkan laporan pemeriksaan kesihatan dan x-ray..

21 Mei 2010: Keputusan PILN 2010 MARA akn diumumkan pd pukul 4 ptg, walhal aku masih belum membuka akaun Bank Islam utk kemasukan ke UiTM sekiranya aku tidak tersenarai dlm program PILN.. Ayah aku membuat rncangan utk ke cwgn Bank Islam dan membuka laman web MARA di hdpn bank tersebut mgunakan laptop ayah.. Sedihnya, tiada satu pun line Digi mahupun wifi di situ.. akhirnya, ibu menelefon kak long utk check keputusan itu..

kat belakang tu, duck tour ye!

to be continued,,

*PILN: Program Ijazah Luar Negara


No comments:

Post a Comment